Pages

Subscribe:

Labels

06/04/13

SYARAT-SYARAT SAH HADIS


1. SANAD BERSAMBUNG - Maksudnya ialah mestilah ada di antara perawi sanad suatu ikatan ilmu seperti bertemu dengan orang yang mendapat hadis daripada orang yang terdahulu dan orang yang mengambil hadis daripada penyampai hadis. Tidak terjadi di antara kedua-dua perawi hadis jarak masa atau tempat yang tidak mengizinkan untuk bertemu atau mustahil untuk bertemu.
2. ADIL - Merupakan satu sifat yang dimiliki di dalam jiwa yang dapat membawa pemiliknya menjadi seorang yang bertaqwa, bermaruah, menjauhkan diri dari perkara keji dan bidaah. Perawi yang adil ialah orang yang mencukupi syarat-syarat berikut :-
BilSyaratKeterangan
1IslamTidah boleh diterima hadis yang diriwayatkan oleh seorang yang bukan Islam sekalipun dia adalah ahli kitab.
2Sampai umurTidak boleh diterima hadis yang diriwayatkan oleh seorang kanak-kanak.
3BerakalTidak boleh diterima hadis yang diriwayatkan oleh orang gila.
4Tidak FasikFasik ialah melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
5Menjaga MaruahIaitu hendaklah seseorang perawai itu bersikap dengan sikap yang selayaknya mengikut kedudukannya. Sekiranya beliau seorang ulama, dia akan bersikap dengan sikap yang layak bagi ulama dan tidak bersikap seperti seorang penjual. Para pengkaji hadis mengambil berat dalam aspek akhlak seseorang perawi hadis yang akan menjamin kebenaran dan amanahnya serta terselamat daripada perkara-perkara yang boleh mencacatkan kedudukan sesuatu riwayat, lebih-lebih lagi apabila perkara yang diriwayatkan berkaitan dengan urusan agama dan Sunnah Nabi S.A.W.

3. PENJAGAAN RIWAYAT

Mereka yakin terhadap apa yang mereka hafal, terpelihara daripada kesalahan atau kesamaran, mampu menyebut apa yang dihafal. Semua ini disyaratkan pada setiap perawai hadis dari awal sanad hingga akhir.

BilJenis PenjagaanKeterangan
1Penjagaan di dalam dadaIaitu seseorang perawai menghafal apa yang didengarinya dan beliau dapat menyampaikannya semula.
2Penjagaan berbentuk penulisan (buku)Iaitu seseorang perawi menjaga terhadap apa yang ditulis setelah membuat pembetulan, membaiki tulisan dan membuat pengiktirafan terhadapnya serta menjaga kitabnya daripada sampai ke tangan orang yang ingin mempermainkan atau membuat pemesongan, iaitu semenjak beliau mula menulis sehinggalah beliau menyampaikan sebagaimana yang ditulis.


4. SELAMAT DARIPADA KEGANJILAN
- Iaitu tiada perbezaan perawi terhadap siapakah perawi yang lebih diyakini atau lebih dipercayai, kerana syaz (kecacatan atau keganjilan) ialah terdapat perselisihan di antara perawi yang dipercayai (thiqah) dan perawi yang lebih diyakini daripadanya iaitu terdapat tambahan atau kekurangan pada riwayat yang dibawa oleh perawi yang lebih diyakini tidak terdapat sebarang tambahan atau kekurangan. Oleh itu sebarang bentuk gabungan atau persepakatan tidak mungkin berlaku di antara dua riwayat yang berbeza, di mana dengan adanya perselisihan ini akan menghalang kesahihan hadis. Manakala pakar-pakar dalam bidang ini seperti Al-Khitaabi, Al-Bukhari dan Muslim tidak mensyaratkan syarat ini iaitu membuat mereka membuat pengertian sahih tanpa syarat tersebut dan begitu juga dengan Ibnu Hajar.


5. SELAMAT DARIPADA ILLAT
Iaitu merupakan berlakunya kesamaran yang boleh mencacatkan kesahihan hadis. Hadis pada zahirnya adalah terkumpul mengikut syarat-syarat sahih dan selainnya terdapat sebab kecacatan kecil atau tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali para ulama besar melarang daripada menghukumkannya dengan sahih. Oleh itu hadis tersebut dikira sebagai Hadis Maukuf dan diriwayatkan secara Marfuk atau sebaliknya, ataupun terdapat juga isnad perawi yang meriwayatkan hadis daripada orang yang sezaman dengan lafaz  dengan kesamaran samada dia mendengarnya ataupun dia tidak mendengar daripadanya, lalu disyaratkan terhadap kesahihan sesebuah hadis iaitu tidak terdapat padanya suatukecacatan.

0 komentar:

Posting Komentar